Tuesday, December 28, 2010

Malaysia 3 - 0 Indonesia





Bahang final piala Suzuki AFF tempoh hari masih lagi terasa. Mahu taknya, wa pi kedai makan, ada menu baru tadi, Mee Maggie masak Laser dan air pun ada, Laser O' Ais.

Petang tadi wa pi padang bola, mamat ni claim dia main winger sebab dia laju macam laser. Ada yg depan gol tapi tak score, ya.. salah Laser lagi.

Di hospital pulak, ada family berbangsa cina yang baru dapat anak, taksub punya pasal, bagi nama anak dia Wei Lei Zer? haha.

Anda pernah dengar cakar harimau? haa...selalunya cakar harimau digunakan diatas katil dan sewaktu dengannya. bila kena cakar harimau..uuuu stim... tapi...anda pernah dengar cakar garuda? haih... (apa diaaaaa ni) haha

balik kepada laser, ada budak ni tanya wa.

"abang, kenapa pasukan Indonesia kata kita main tipu? Sebab kita main laser?. Laser tu apa bang?"

"Laser tu mok hang"

malas layan budak-budak zaman sekarang.

Wa nak ucap tahniah kepada skuad Malaysia, kerana telah menang Piala Suzuki AFF. walaupun masih ada perlawanan kedua di Indonesia, tapi wa anggap Malaysia sudah pun menang. Mana ada peringkat final menang sampai 3-0? kalau diorang nak jugak piala tu..amik la dalam mimpi..dan terjunlah bersama labu labunya...haha. apa-apa pun, good luck kepada team Harimau Malaya dan all the best to team Garuda.


Diva mulut laser (tiada kena mengena dengan laser yg diatas)

0 comments: