malam yang dingin. hujan rintik.gua melangkah masuk ke airport. flight pukul 10pm dan gua sudah lambat.
nasib gua baik kerana flight gua tergendala dan akan berlepas pada pukul 1045pm. ada lagi sejam setengah untuk gua berfoya-foya di airport tu.
dahaga
gua pergi dapatkan air dikedai berhampiran. ada seorang gadis, 2 orang, 3 orang, eh ramai yang sedang usha gua. oh mungkin sebab gua sedang pakai spek hitam. lantas gua bukak sambil membayar air vitagen hijau.
sambil gua berjalan amik angin dan bersms, gua terlanggar seorang gadis ni.
hey! mata letak kat mana? kat lutut? jalan punyalah besar, tak nampak orang ka?
kalau mata gua ada dilutut, memanglah tak nampak, sebab gua pakai jean lusuh ni. kalau pakai short, mungkin lah nampak. kalau mata kat lutut lagi senang gua nak tengok permandangan dibawah skirt pendek.
sorry, makcik! salah saya.
mak ai, ni Lisa Surihani version pakai tudung ka ni? atau Rozita Che Wan version pakai tudung? mata gua tak berkelip melihat wajah si gadis tu.

apa makcik makcik? dah langgar orang, panggil orang makcik pulak! saya muda lagi lah. nama saya miranda.
gua masih lagi terpaku melihat wajah dia. jodoh gua kot ni. lama jugak kami saling pandang memandang antara satu sama lain.
errr....tu....err....ada taik mata. gua pecahkan janggal antara gua dan dia dalam suasana sunyi sepi.
dia tunduk lalu beredar dari situ.sambil menggosok mata dia. dia berlari, sama macam dalam filem hindustan.
awak! gua tinggi kan suara kerana dia sudah jauh dari gua.
handphone awak terjatuh...
selepas kejadian langgar lari tu, gua dah tak jumpa dengan gadis tu. tapi gadis tu selalu contact gua melalui handphone dia. siap ada gambar gua minum vitagen hijau, dia buat wallpaper kat handphone dia. gua rasa dah macam dalam iklan deodarant axe lah pulak.
1 comments:
derr..kasi kenal sama gua la itu awek..sejuk segala part badan tengok wajah ayu beliau :)
Post a Comment